advertising by

9 January 2012

boleh di puii : personal emosi

Secara peribadinya aku sangat sukakan perjalanan hidup begini. namun manusia semuanya sama, punya perasaan dan jiwa yang akan berubah seperti cuaca alam. boleh merundum, boleh diterujakan dan boleh juga di sepak terajang hentak pijak secara minda. semua ini berlaku pada semua manusia yang berstatus waras. yang tidak waras juga mungkin dapat merasa tapi rasa manis dan pahitnya tidak sama seperti yang waras. dan aku yang waras. aku bertuah kerana di beri rasa begitu walau lebih banyak yang tidak teruja dari yang menerujakan. ahh, bumi bertuah punya macam-macam agenda. macam-macam juga pencipta agendanya. dan macam-macam juga penyambung agenda itu. jadi jalani hidup seperti biasa adalah harus untuk semua orang. apa yang dinanti tidak semestinya tidak akan ternanti kerana penantian itu sebenarnya tidak harus ada penghujungnya. ada? mungkin ada, bila sudah mati.

selepas mati masih ada? tidak, masa itu aku sudah tidak harapkan engkau kerana bidadari lebih indah dari segalanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...